Khasiat Madu
Untuk ibu2 yang bersalin, kami amat menggalakkan pengambilan madu beserta telur mentah ayam kampung (yang kuning sahaja), dikacau bersama dan diminum ibu sebaik sahaja selepas bersalin. Ini kerana, secara tradisional, madu mampu melancarkan darah dalam badan dan memberikan tenaga segera kepada badan selepas ibu2 penat bertarung nyawa melahirkan bayi mereka. Selain itu, madu juga amat baik kerana :

- Membantu mengurang dan mengawal kolesterol – ini kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan (maknanya boleh bantu untuk awet muda), juga bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
- Membantu meredakan kerisauan dan kemurungan – Mengikut kajian perubatan seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail Britain, mereka yang mengambil madu sebagai supplemen atau diet tambahan boleh membantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan. Hmm… kalau ikut laporan ni maknanya madu memang sesuai untuk ibu selepas bersalin sebabnya, biasalah lepas bersalin pasti ada yang terkena post natal simptom seperti kemurungan. Jadi mengambil madu boleh membantu meredakan masalah ini.
- Membantu menyembuh luka pada tubuh – selepas bersalin sebenarnya luka yang dialami bukan sahaja pada bahagian yang di bedah (bagi kes bersalin cesarean) atau pada luka histerektomi (bagi kes bersalin normal) tetapi juga luka di bahagian dalaman badan. Jadi pengambilan madu boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Ini kerana didalam madu terdapat antibakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak.
- Memberi tenaga segera - Ini kerana madu membantu menambah darah dan juga selera makan selain dari glukos dan fruktos didalam madu yang memberi tenaga segera apabila diambil.
- Melancarkan perjalanan darah – mengambil madu dapat membantu melancarkan perjalanan darah nifas. Bagi mereka yang tidak bersalin pula, ia boleh membantu melancarkan pengeluaran darah haid.
- Menguatkan minda – Pengambilan madu sebagai supplemen secara berterusan boleh membantu menguatkan minda.
Kebaikan Mengurut
Dari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.
Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.
Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.
Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.
Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.
Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.
Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.
Antara pantang-larang berurut:-
Ø Tidak boleh kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam.
Ø Bagi wanita mengandung urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.
Ø Tidak digalakkan diurut bagi mereka yang mempunyai masalah jantung kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.
Ø Mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.
Fitra : kami menyediakan khidmat penjaga wanita berpantang dari rumah ke rumah dengan harga pakej mampu milik. Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan sekarang!

Tip Menjaga Kemasan Lantai
Kemasan lantai yang indah sememangnya menjadi idaman semua isi rumah.
Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin seramik, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya.
Walaupun indah, kadang kala ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik agar sentiasa terpelihara dan tidak rosak.
Berikut adalah tips untuk menjaga kemasan lantai rumah kita:
JUBIN
1.Pemasangan jubin
Penjagaan jubin bermula daripada hari pertama ia dipasang. Seelok-eloknya, jubin yang dipasang tidak dipijak empat hari selepas dipasang. Sesuai dipijak dan digunakan secara lasak setelah dua minggu dipasang.
2.Cara menjaga jubin
-Sering diberus jika kotor, bilas dengan air kemudian dilap kering.
Jangan membiarkan jubin dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita.
-Membersihkan kotoran simen yang melekat pada jubin dengan menggunakan pencuci asid yang sesuai. Ini boleh didapatkan di kedai hardware.
Contohnya, asid sulfurik boleh sesuai untuk membersihkan karat serta dakwat.
Pencuci biasa yang beralkali pula sesuai untuk membersihkan kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain.
Kerosen atau minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.
Tips mudah mencuci lantai jenis seramik atau geranit: Cucilah dengan menggunakan bahan pencuci berasid lembut jika ia baru sahaja dipasang. Memadai mencuci kotoran minyak, gris dsb dengan air panas.
Caranya, campurkan bahan pencuci ke dalam air panas dan biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dicuci.
3. Petua orang lama jangan dilupakan.
Walaupun di pasaran sudah ada banyak bahan pencuci yang berkesan tetapi kita juga boleh mengamalkan petua dahulu kala. Sedikit sebanyak mungkin lebih menjimatkan wang dan belanja.
Jubin seperti marmar yang sudah lama biasanya akan menjadi pudar dan kurang berkilat lagi.
Anda boleh mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus. Bersihkan permukaan marmar dengan menggunakan bahan ini tiga kali seminggu. Hasilnya pasti memuaskan.
4. Jubin anda berkulat?
Walaupun kelihatan kukuh, jubin juga boleh berkulat dan akan merosakkan pemandangan. Biasanya jubin yang rosak disebabkan oleh kulat, lumut dan kotoran yang jarang dibersihkan.
Mudah untuk menghilangkannya, dengan menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau.
Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik. Jika kotorannya sangat degil, letakkan kain yang telah dibasahkan dengan cuka atau jus limau terlebih dahulu, kemudian biarkan selama beberapa jam sebelum memberus dan membilas.
Bagi jubin yang berkulat atau berlumut, lebih mudah anda lap sahaja dengan kain bercampur cuka, biarkan seketika kemudian beruslah dengan berus gigi lama.
LANTAI KAYU
Kini, lantai kayu menjadi trend bagi menggantikan jubin. Ini disebabkan kemasan kayu mencerminkan penampilan yang lebih natural dan klasik.
Jika dahulu lantai kayu jenis parquet sering dipasang di dalam bilik tidur, tetapi kini lantai berlaminet lebih luas penggunaannya. Ia boleh menghiasi lantai di ruang tamu, ruang makan, malah sesetengahnya di dapur atau bilik rehat.
Walau bagaimanapun setiap yang indah itu perlulah dijaga rapi agar keindahannya terpelihara.
1. Kita boleh meletakkan alas kaki sebelum ke setiap ruang yang dihiasi lantai kayu.
Tujuannya untuk mengelakkan pasir,batu-batu halus atau rumput terbawa ke ruang tamu ketika melangkah masuk. Unsur-unsur tersebut boleh mencalarkan lantai kayu dan menjejaskan teksturnya .
Walau bagaimanapun, jadikan tabiat menyapu lantai setiap hari satu kebiasaan agar rumah kita sentiasa bersih dan bebas dari habuk degil tersebut ataupun menggunakan pembersih hampagas.
2. Ketika membersihkan lantai, hindari mengelapnya dengan kain yang terlalu basah. Terlebih dahulu, biasakan diri menyedut permukaan kayu dengan pembersih hampagas sebelum menyapu atau mengemop.
3. Jika permukaan kayu ditumpahi makanan, minuman dan sebagainya, lapkan segera dan jangan biarkan ia meresap ke dalam kayu tersebut.
Sebaik-baiknya, kita halakan kipas angin ke tempat yang lembab untuk mengelakkan kelembapan masuk ke dalam kayu dan menjadikannya menggelembung atau merekah.
4. Alaskan perabot dengan pengalasnya agar tidak merosakkan permukaan lantai kayu.
5. Hindari memijak lantai kayu dengan kasut bertumit tinggi kerana dikhuatiri meninggalkan kesan lekuk dari sehari ke sehari.
6. Jangan membersihkan lantai kayu dengan bahan kimia atau wax (lilin) kerana ini mengakibatkan kusam, atau lantai menjadi sangat licin.
Fitra : perlukan pakar pencuci kediaman anda? kami menyediakan khidmat cucian professional serta pembantu rumah tempatan hujung minggu bagi meringankan beban wanita bekerjaya seperti anda! hubungi kami untuk tempah sesi anda sekarang!

Mengatasi Masalah Anai-Anai
Masalah serangan anai- anai memang memeningkan kepala khusus bagi mereka yang gemarkan kediaman berasaskan kayu atau ala Bali.
Serangan anai-anai bukan saja merosakkan perabot kayu, almari dan dapur anda, malah serangga yang kecil tetapi berjiwa besar ini juga gemar memakan kertas buku dan majalah serta pakaian yang baik tersimpan di dalam gerubuk khas di rumah anda.
Jika anda menghadapi masalah anai-anai atau mahu mencegah di peringkat awal, anda tidak perlu risau kerana terdapat semakin banyak syarikat penghapus seranggan perosak beroperasi bagi menangani masalah itu.
Anai-anai boleh merosakkan struktur kayu seperti rangka tingkap, lantai kayu dan rangka pintu.haiwan ini bermula dari bawah tanah dan ia suka di celah kayu kerana tidak suka terkena matahari atau cahaya. Ia mempunyai permaisuri yang membiakkan anai-anai itu.
Jika terus dibiarkan, anai-anai boleh melarat hingga ke bumbung dan itu akan membahayakan keadaan struktur rumah termasuk perabot yang diperbuat daripada kayu.
Ada dua Cara untuk mengatasi atau mengurangkan serangan anai-anai ini iaitu dengan menggunakkan racun kawalan seranggan atau pergi terus mendapatkan khidmat syarikat perundingan professional kawalan anai-anai yang berhampiran dengan tempat anda.
Serangan anai-anai sememangnya membawa kepada kemusnahan kepada kediaman anda.
Sebab itulah pengawalannya perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kewujudan sarang awal dapat dikenal pasti, manakala pengawalan dan penjagaan rapi pula menjamin seluruh komuniti termasuk sarangnya berjaya di musnahkan sama sekali.
Bagaimanapun, jika serangnnya agar berkurangan atau hanya pada tempat tertentu, ada juga cara kawalan yang mudah dan murah boleh digunakan. Contohnya dengan menyediakan air panas mendidih dan siram ke kawasan yang diserang itu.
Dengan cara ini, koloni anai-anai, sarang termasuk telurnya akan mati dan binasa dalam masa beberapa saat. Ada juga menggunakan minyak hitam yang disapukan kepada benda berkayu bagi bertujuan mengelakkan serangan anai-anai.
Sebaliknya jika serangan berlaku di bahagian bawah lantai, kerja pengawalan terbaik ialah menggunakan khidmat pengawalan professional yang ditawarkan syarikat perunding tertentu. Mungkin anda boleh mendapatkan senarai nama syarikat menerusi halaman 1klassifieds atau dari yellow pages untuk menyemak jenis perkhidmatan, ubat dan harga yang ditawarkan.
Biasanya ubat khas akan diletakkan di bahagian bawah lantai dan ubat ini berkesan mengawal dan menghalang serangan anai-anai selama dua tahun.
Bayaranya, biasanya adalah mengikut luas dan besar kawasan kediaman anda itu. Bagi pemilik rumah baru, cuba elakkan bahagian bawah rumah terlalu lembab atau terendam dalam air.
Jika berlaku banjir, segera keringkan kawasan itu sama ada menyalurkan air keluar ataupun menggunakan mesin pengering khas bagi mengurangkan kelembapan.
Ini kerana tempat yang lembap dan sejuk menjadi habitat paling sempurna bagi anai- anai sebelum ia mengerahkan askar-askarnya menyerang bahagian kediaman anda yang lain.
Ada juga orang yang menggunakan alat ventilator atau kipas khas bagi menyedut kelembapan keluar dari kawasan itu bagi memastikan bahagian bawah rumah yang terlindungan sentiasa kering.
Pastikan juga pemaju yang membina rumah sentiasa beringat supaya tidak menimbunkan atau menana, sisa potongan kayu yang tidak digunakan lagi berhampiran dengan rumah yang dibina.
Anai-anai yang bersarang di situ akan merebak dan menjadikan unit kediaman berhampiran tempat mencari makan dan seterusnya menjadikan kediaman itu sebagai koloni barunya pula.
Jika ada rekahan kecil pada bahagian dinding, segera masukkan ubat atau lakukan semburan berkala di situ.
Fitra : perlukan khidmat pencegahan anai anai di rumah anda? hubungi kami untuk info lanjut sekarang!